Can You Smile

Hello Peps!
Princess of the day


Welcome to my online diary. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!



Land About Friends Love





sing a song
Listen carefully






Credits
Thanks to them

Template by : Nana Azmi
Basecode by : Nurul Aini
Edit by : fyza ajak
Helper : Google|Mrs.Baekyoel|We Heart It |Favim
Cinta itu buat yang halal bagiku ..


Fikirlah sejenak , bila kamu sedang sibuk bercinta sekarang adakah kamu yakin dia adalah jodoh kamu ? Adakah kamu yakin dia lah suami/isterimu ? Akhirnya kamu hanya membazirkan masa kamu , membazirkan wang , membazirkan air mata menangis kerana seseorang yang tidak pasti hujung pangkalnya adalah jodoh kamu . Sahabat , percayalah bila jodoh akan datang  semuanya kerja Allah . Kita manusia cuma jangan berhenti berdoa dan percaya pada kuasa Allah dan di susuli dengan sedikit usaha . Bagaimana Allah mampu ciptakan pelbagai perkara berlainan rupa , berlainan sifat dan personaliti . Begitu juga dengan jodoh dan kebahagiaan . . Usaha yang di maksudkan adalah dengan berusaha menjadi seorang yang baik , seorang yang soleh/solehah , berusaha untuk menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu  dan barulah fikir akan jodoh . Jika belum tiba masanya berdoalah kepada Allah agar di beri jodoh yang baik , yang mampu membimbing kamu ke Jannah-Nya . 

Wahai hawa , wahai adam . Sedarlah dari perasaan yang mengasyikkan itu . Benar kita tak boleh nak halang perasaan cinta itu hadir . Kerana ia adalah fitrah . Dan perasaan cinta itu Allah yang cuitkan dalam hati kita dan ingatlah ia adalah satu ujian untuk kita , untuk menguji tahap keimanan kita .Ada eloknya jika biar perasaan itu menjadi rahsia antara kamu dan Allah .Sentiasa menyebut namanya dalam doamu . Dan berdoa kepada Allah agar dia lah jodoh kamu dunia dan akhirat . Jika kamu sudah bersedia untuk berkahwin , maka cubalah pergi merisik khabar wali/ibubapa puteri/putera idaman kalbu . Bagi perempuan tak salah jika nak merisik si lelaki . Bukankah Khadijah isteri Rasulullah SAW meminang Rasul ? Hantarlah ibu dan ayah kamu untuk bertanya khabar akan status si pujaan hati itu . Bukan kah itu lebih manis wahai sahabatku ? Percayalah cinta selepas kahwin itu sangat indah . 


wassalam ...



Thanks for reading. Please leave a comment.



Older Post | Newer Post

ff